901

Posted by Rasli on Jan 17, 2012 in Politik |

Anwar free921am 901Seminggu dah cerita ni, izinkan aku kongsi!

Anwar Bebas! Alhamdulillah, Allahuakbar! Sebak n sayu sekejap dengan berita gembira ini aku terima dari twitter tepat jam 9:21 pagi dari Dato’ Ambiga & Nurul Izzah! Mau aku sujud syukur tapi tengah drive, aku tangguhkan dulu, kenapa terlalu gembira? sebab ia adalah rasa kemenangan sementara setelah lelah perjuangan dengan siri kejahatan memusnahkan musuh politik sejak tahun 1998 tanpa sebarang bukti kukuh, Aku ingat bagaimana berita petang dan malam 2 september 1998 dengan pengumuman Anwar di pecat dengan pertuduhan dan hukuman tanpa sebarang kertas pertuduhan yang hanya bersandar pada afidavit polis. Mak aku sbg orang lama UMNO sejak merdeka sendiri tak boleh terima tuduhan melampau sebegitu pada Anwar.
 
2 September 1998

DSAI dipecat dari jawatan setelah diberi option samada dipilih untuk diletak jawatan atau dipecat dari jawatan. Waktu ini aku masih lagi percaya dengan tindakan Mahathir tanpa merujuk apa kata Anwar ketika itu dengan ruang media yang agak sempit. Internet hanya ada di Cybercafe sahaja untuk aku akses maklumat. Waktu itu cuma laman web Mahazalim adalah paling top. Maklumat dari kaset radio sidang media anwar ibrahim turut tersebar melalui teksi-teksi. Antaranya yang dapat diambil melalui video adalah dibawah
 

  
Di berita harian dan utusan malaysia semua cerita tentang liwat, jual negara, seks, dan juga siri-siri penangkapan orang sekeliling anwar ibrahim yang sememangnya hanya berdasarkan buku 50 dalil. Anwar buat roadtour semenanjung diselangi dengan solat hajat seluruh negara. Kemuncak adalah pada 20 September 1998 dimana hampir 100,000 rakyat malaysia yang tidak percaya dengan fitnah dan kesedaran politik membanjiri masjid negara dan dataran merdeka.
Malam itu, Anwar Ibrahim ditangkap dengan skuad komando dengan bersenjata M16 seolah-olah ada komplot mahu membunuh Anwar. Bermula siri 20 September 1998 dan kesedaran dan minat aku terhadap politik tanah air meningkat. Pemimpin no. 2 dalam negara boleh dilakukan sehina dan seteruk itu, apakan pula kita dibawah. Misi Anwar jelas untuk menyelamatkan malaysia daripada kerakusan pemimpin-pemimpin korup UMNO untuk terus menggunakan duit rakyat untuk kesenangan dunia mereka. Anwar semasa ditahan, rakyat telah dimaklumkan oleh KPN dan Menteri dalam negeri , Mahathir. Mahathir ada buat kenyataan -”Anwar tumbuk diri sendiri” dan juga kenyataan bodoh pemimpin UMNO, Cukup memalukan aku ada Perdana Menteri dan juga menteri dalam negeri pada waktu itu bertindak sebebal dan menjadi pembohong sebegitu. adakah pemimpin UMNO lain begitu bersih?   

 

Aku sorotkan kembali ringkas timeline kes anwar bermula

  • Awal 1997 – Mahathir nafi anwar terlibat dalam salah laku seks
  • 1997 – Anwar dilantik PM sementara untuk tempoh 2 bulan Mahathir cuti
  • 1998 – Buku 50 dalil tersebar di perhimpunan agung UMNO
  • Jun 1998 – S Nallakarupan ditangkap dibawah ISA
  • 2 Sept 98 – Anwar dipecat
  • 3 Sept 98 – Anwar dipecat UMNO walau tiada lagi sebarang kertas pertuduhan
  • 19 Sept 98 – Sukma dan Munawar Anees di reman
  • 19 Sept 98 – Sukma dan Munawar dituduh diliwat anwar dan 6 bulan penjara
  • 20 Sept 98 – Anwar ditahan ISA selepas rally 100 ribu rakyat di dataran merdeka
  • 24 Sept 98 – Polis beri statement – Anwar “safe and sound”
  • 29 Sept 98 – Anwar terima 10 pertuduhan dan keluar dengan mata lebam!
  • 2 Nov 98 – Anwar dituduh 4 pertuduhan di mahkamah tinggi
  • 9 Nov 98 – Peguam Nalla, Manjeet memaklumkan menerusi afidavit bahawa pejabat peguam negara memaklumkn kepada Nalla untuk mengurangkan hukuman sekiranya bekerjasama untuk mengaku memberi perempuan kepada Anwar
  • 7 Jan 98 – KPN – Rahim Noor Resign!
  • 14 April 99 – Anwar didapati bersalah oleh hakim hacks! – 6 tahun penjara – Black 14!
  • 7 Jun 99 – Rahim noor dituduh menyerang anwar pada 20 september 98 sehingga menyebabkan hampir mati – Baca laporan suruhanjaya diraja!
  • 21 Oct 99 – Mahathir di sapina untuk ke mahkamah
  • 15 Mac 2000 – Rahim noor di penjara 2 bulan!
  • 21 April 2000 – Hakim ariffin jaka bagitau mahathir tak perlu datang? haha
  • 21 Mei 2001 – Pendakwa gugurkan 4 pertuduhan liwat lain dan 1 tuduhan corruption tanpa sebarang alasan
  • 2 sept 2004 – Anwar Bebas! -

 
Siri mahkamah #Fitnah1 sememangnya tempang apabila terlalu banyak kecacatan dan penganiayaan jahat kepada Anwar Ibrahim, diantaranya
 

  1. Pengabaian afidavit Dr. Munawar Anes, Sukma Darmawan, Mior Abd Razak dan Azmin Mohd. Ali yang jelas membuktikan mereka telah dianiaya dan didera oleh pihak polis
  2. Penukaran dan pembubaran dakwaan ke atas kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menimbulkan keraguan dalam masyarakat mengenai kredibiliti tuduhan terhadapnya.
  3. Satu surat sumpah dari peguambela Dato’ Nallakarupan, En. Manjeet Singh Dillon, yang menyabitkan nama Peguam Negara, Gani Pattail, dan Azhar Mohamad dalam percubaan untuk menggunakan hukuman mati sebagai ugutan keatas Dato’ Nalla.
  4. Peguam Negara belum mengambil apa-apa tindakan terhadap tuduhan salahguna kuasa oleh Perdana Menteri dan Tun Daim Zainuddin dan kes Datuk Seri Rafidah Aziz. Laporan dibuat berdasarkan kertas pertuduhan dan dokumen lengkap pejabat peguam negara oleh DSAI
  5. too much, so pls google

 

Selepas pilihanraya umum ke 12 dimana Anwar menjadi faktor utama penyatuan utama dalam kemenangan besar gabungan parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.

  

28 Jun 2008

 

Selepas 3 bulan melakar kemenangan besar dan hampirnya pilihanraya kecil permatang pauh dan juga hampirnya 16 september 2008. Satu pertuduhan terancang telah disabitkan kepada anwar ibrahim. Aku tak perlu ulas kes ini dengan fakta dan auta yang banyak tersaji di internet sekarang.  Rujuk aja semua surat terbuka daripada Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim yang mana siri pendedahan dengan peranan Ketua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dalam kes memalsukan bukti-bukti kes Anwar Ibrahim. Aku mual dengan fitnah berterusan untuk melawan seteru politik mereka. Sepanjang 2008 sehingga ke 2011 aku mengikuti perjalanan kes. Antara persoalan apabila selesai penghujahan pihak pendakwaan dan peguambela antaranya:

 

  
Hak Anwar sebagai tertuduh

  • AnwarIbrahim Belum dibuktikan bersalah, telah dihukum bersalah oleh BN & UMNO!
  • AnwarIbrahim buat aduan untuk heret saiful d Mahkamah Syariah! Tp Mahkamah Tinggi Syariah tolak kes Qazaf! WTH!
  • Bila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa “memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya!” WTH?
  • Hakim x pernah ambil peduli n berani tegur media utama menggila burukkn n hukum anwar secara meluas sebab ikut telunjuk konspirator!
  • AnwarIbrahim TIDAK dibekalkan senarai saksi pendakwaaan, nota pemeriksaan, kenyataan saksi & sampel forensik!
  • Belum lagi keputusan mahkamah, TV3 n Utusan da sibuk wawancara dgn saiful 2 hari utk terus fitnah AnwarIbrahim, tu belum lagi episod wawancara sebelum hakim jatuh hukum, tapi kenapa tak mau wawancara anwar sekali?

 

Saiful Saksi Jujur dan Benar?

  • Saiful yg dah bertunang terkantoi dengan skandal hubungan sulit  dgn pendakwaraya wanita yg juga tunangan org!
  • Babak spender tertinggal di rumah tunang pun okey, korang lupa?
  • Hakim bertindak memutuskan bahawa kesaksian Saiful benar dan berwibawa masa akhir kes pendakwaan! -dah jatuh hukum dah.
  • Saiful tunjuk imej baik n gmbar p tanah suci keluar, tp dalam saat bertunang ada hubungan intim dgn sorang pendakwaraya – farah

 
Konspirasi Terancang

  • Senarai Saksi yg ditawarkan oleh pendakwa, tetapi hakim awal lg bagitau bahawa saksi juga boleh tolak utk ditemuramah.
  • PM Najib Razak, Rosmah Mansor, Musa Hassan, Rodhwan Ismail dSapina n dtg jawab ‘ Kami tidak sedia ditemubual’ n lepastu balik! WTH!

saiful anas 901

  • Kenapa pembantu Najib menguruskan majlis angkat sumpah Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan?
  • Najib juga mengaku bahawa Saiful bertemu dengannya pada 12 Febuari 2008 untuk mendapatkan permohonan biasiswa, saiful sudah ditendang Uniten nk mintak biasiswa apa?

 

 

  • Dalam keterangannya di mahkamah pada 10 Mei 2010, Saiful juga mengaku berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas Rosmah
  • Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. dan bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar

 

Drama

  • Saiful dakwa lepas hantar fail kt meja makan, anwar minta seks, tapi dia xrela n takut n xboleh nak lari! Hahaha..
  • eh jap, tapi kenapa saiful bawa pelincir dan guna , kan kata nk hantar fail je icon smile 901 , n kata tak rela icon smile 901
  • kenapa gel atau pelincir itu tidak dihantar kepada jabatan Kimia untuk dibuat analisis
  • eh lagi satu point penting, Saiful minum teh n makan karipap lepas kena paksa diliwat! kehkehkeh…
  • Lepas balik makan karipap n teh n diliwat paksa oleh anwar, Saiful xpulak buat laporan n p hospital, mana dia p? makan asklem ya
  • Tapi babak yang paling best sekali ialah sendiri pergi toilet dan tukar baju kepada tuala untuk diliwat secara paksa
  • Esok lepas event dirogol liwat, Saiful join PKR event dan malam dgn AIC Club dengan rasa tenang dan gembira!

 
ohsaiful 901
 

  • Jgn lupa! 2 hari sebelum event dipaksa liwat, Saiful dah jumpa Najib & Rosmah, n juga bercakap dgn Musa Hassan dan owh. jumpa Rodhwan!
  • Saiful mengaku – Diliwat 26 Jun, Buat Laporan Polis – 28 Jun – Jumpa PM n Rosmah mengadu diliwat – 24 Jun ! owhh man!
  • Tengok apa kata Dr Osman pertahan kenyataan Saiful tidak diLiwat!

 

 

  • Saiful mengaku diliwat berkali2 sebelum 26 Jun 2008 tetapi masih setia bekerja dengan Anwar!
  • 2 hari masa untuk Saiful ambil untuk membuat pemeriksaan perubatan n x bersolat Jumaat akibat kununnya berhadas besar

 

 

  • Saiful mendakwa beliau adalah Pembantu Peribadi DS Anwar tp dia cuma odd job worker – rujuk kenyataan ketua staf anwar

 

Cerita DNA

  • Pakar DNA – Dr Seah n Nor Aidora – Bgtau analisis DNA da buat tetapi tidak diberi kpd mahkamah? buat lab kat reban ayam ka?
  • Pakar DNA melalui analisis reban ayam mengesahkan konpim tak ikut panduan antarabangsa – International Society of Forensic Genetics.
  • Pakar DNA mengesahkan bahawa Air Mani Saiful dijumpai didalam duburnya sendiri? OMG!
  • Pakar DNA juga sahkan – terdapat spesimen DNA selain lelaki Y , owhh.. ada 3 DNA lain FAHAM? wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa?
  • Pakar DNA – mengesahkan sampel DNA diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan polis dibuat!
  • Supt. Jude Periera mengaku kaedah yang tidak adil dan cara yang tidak adil telah digunakan oleh pihak polis untuk mendapatkan profil DNA, tp mahkamah ttp terima!
  • Supt. Jude Periera mengaku dengan sengaja menyimpan sampel HKL dalam kabinet pejabatnya selama kira-kira 43jam sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia.
  • Sampel terbiar 90jam sebelum ia diperiksa ahli kimia dan mengaku melanggar peraturan IGSO
  • Penemuan klinikal oleh para doktor bahawa tiadanya penembusan, dan pendakwa xpernah nk panggil doktor pertama yg diadu utk saiful!
  • Hakim terima bulat2 bukti forensik tanpa ambil kira kebimbangan bgmn sampel2  diperolehi, dilabel, disimpan dan dianalisa.
  • Karpal: Adakah awak pergi tandas? Saiful: Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.
  • Doktor HKL yang memeriksa Saiful mendapati rektumnya kosong. Jika benar Saiful tidak membuang air besar selama 2 hari, rektumnya pasti akan dipenuhi oleh najis.
  • 3 Doktor pakar mengesahkan tiada kesan penusukan di bahagian dubur Shyfool. Logik?
  • 2 doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja, yang lain adalah menyerupai tulisan Jude Pareira!
  • Pakar tulang belakang dari Jerman, Dr Thomas Hoogland merawat anwar akui – mustahil anwar mampu melakukan hubungan jenis/ sejenis sekalipun.
  • Semasa sesi soalbalas – Dr Khairul Nizam Hassan berkata, laporan proforma HKL menyebut  hanya  berlaku cubaan untuk liwat dan seks oral terhadap Saiful shj!.

 
 

Cukup untuk maklumat bagi yang tidak mengikuti perkembangan perbicaraan. Walau sebaik mereka rancang, tapi akhirnya Perancangan Allah adalah paling terbaik.Jom ikuti Fatwa Imam Yusuf Al Qaradawi Tentang Liwat II DSAI

 

 

Walau sekarang ia semakin ditambah dengan kes video seks yang konon Anwar Ibrahim dan cerita Anwar membela golongan Gay, aku memang simpati dan sedih dengan sikap pemimpin yang ada sekarang ini. Kamu hanya mahu rakyat alih pandangan untuk tidak bicara soal rasuah, korupsi dan kesilapan kamu sebagai pemerintah dengan sajian video seks di merata tempat tanpa segan silu.

  

Bebas Anwar 901 adakah bererti Institusi kehakiman bebas?

Oh semestinya tidak, ia masih lagi tiada sebarang tindakan dengan kes percaturan hakim pada video VKLinggam, ini adalah episod paling penting yang harus diambil tindakan.

 

 
 
Ucapan Penghargaan Dan Pesan Agar Terus Istiqamah Melakukan Islah Dari Sheikh Yusof Al Qaradawi Buat DSAI
 
Berkata Pengerusi Kesatuan ulama muslimin menerusi telegrafnya, “Kami utuskan kepada kamu dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dada yang cukup lapang, bibir yang mengukir senyuman ekoran Allah SWT Allah membersihkan kamu dengan keputusan Mahkamah. Juga kerana Allah SWT memberi kesayangan manusia dan penghormatan rakyat kepada kamu”
Qaradhawi menambah lagi, “kesayangan dan penghormatan rakyat Malaysia yang mereka berikan kepada kamu ini tidak akan berlaku kecuali kesungguhan kamu dalam politik dan usaha melakukan perubahan (Islah)”

 
Rujuk : http://www.qaradawi.net/component/content/article/5508.html
 

Video terbaik untuk #901!

Related posts:

  1. Anwar Ibrahim lelaki paling jahat di dunia
  2. 10 Bukti Anwar Ibrahim di Fitnah
  3. Anwar Ibrahim…

Tags: , , , ,

Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

Copyright © 2012 Rasli's Space All rights reserved. Theme by Laptop Geek.