Aku

BALI2 300x180 Aku

Aku, dilahirkan pada 14 Nov 1979, ada 2 adik beradik aje n yang 4 adik beradik angkat. Abg kandung aku ikut ibu n daddy aku sejak kecil lg n aku dah dijanjikan untuk diserahkan pada makcik aku since dok lepak dalam perut ibu aku lg n after beberapa hari ibu aku yg aku rasa macam nak jaga or x jaga, dia serahkan ikut janji dia pada makcik aku (Mak)

Bonda Khatijah Salim inilah ratu hidup aku yang besarkan aku dari kecil sampai besar walaupun ada banyak story2 dimana aku menjadi rebutan sampai ke mahkamah setelah hampir setahun aku tinggal bersama Bonda Khatijah Salim (Mak). Ape special sangat aku, dulu dari dalam perut lg dah nak serah tetiba nak plak… aku kalau waktu setahun boleh berakal macam sekarang pun aku akan tetap pilih mak. dan, Alhamdulillah aku dapat kekal bersama Mak n family. Aku cuma dapat hormat ibu sebagai seorang yg melahirkan aku dan aku tau hormat dan batas aku dan aku sering ingatkan diri aku agar tidak melampau batas dan ingat jasa 9 bulan juga dia kandung aku dan bertarung nyawa lahirkan aku. dan maafkan aku ibu, memang jiwa dan sayang yang aku dapat nilai hanya daripada mak.

Aku tinggal di Kluang bersama mak n bak. suami mak ni bolehler dikatakan ada nama, waktu kecik jerk aku sempat dengan dia n takdeler kata mewah ataupun ape… sebab aku xda ler sempat mana rasa kemewahan macam adik beradik angkat lain. Suami Mak (Bak) adalah orang kuat di Kluang yang sememangnya politician yang berjaya sehingga mana menjadi orang penting dalam memperjuangkan tanah melayu satu ketika dahulu dan aku rasa beliau antara terhebat di johor dan peringkat terakhir beliau adalah di Parlimen Malaysia sebagai seorang senator. Aku selalu teringat aku tinggal di kawasan rumah besar di KL dan sementara Bak pegi ke Parlimen untuk uruskan kerja-kerja sebagai seorang senator. Beliau meninggal dunia seusia aku 3 tahun dan aku tak berapa ingat apa yang berlaku di saat itu. Yang aku ingat-ingat lupa banyak kucing di depan mayat arwah bak. Waktu tu mungkin mula aku hanya dibesarkan oleh mak aku dengan bantuan kakak adik dan makcu. 2 orang ni yang banyak damping n bantu besarkan aku. Walaupun aku ada another 2 lagi adik beradik angkat yang lain. Makcu (y i call makcu) dia ni sebenarnyer mak sedara aku yang duduk dengan mak n arwah bak dulu. Kira mak dah anggap dia macam anak kandung. Selain makcu, ada 3 lagi anak mak – kakni, kakakadik n kamil. So total 5 ler termasuk aku. Korang boleh kira x? :)

Aku bersekolah tadika di Cikgu Din (Balai Raya depan rumah), ingat lagi …kat rumah aku ramai geng2 tadika yang datang beli aiskrim malaysia. Aku pun kecik2 lagi dah suka ajak geng datang rumah.. :)
Dulu aku selalu gak kena tinggal dengan kakakadik …. so dats y kitaorang berdua rapat. Sampai aku ke sekolah rendah. Sekolah aku x jauh pun dari rumah.. 100 meter jerk sekolah kg melayu tu, seronok sangat.. geng2 sama tadika pun dapat satu kelas. So banyakler permainan yang kitaorang explore. Kenangan paling best sekali waktu aku sekolah rendah ni, aku kena sebat gila-gila punya selepas beberapa jam aje akta larangan mencarut dan maki dikuatkuasakan di sekolah. Aku tengah main bola sepak, so geram punya hal kat budak sekor ni, aku sound laa… “babiii kau” … pastu kelas aku ni ada pengawas loghat nak mampus p report. Aku pun tak ingat dah nama dia. Terus aku kena panggil n kena sebat sampai bernanah woooo…
Tapi aku takler melalak macam member aku sorang lagi ni. Giler punya menangis panggil mak abah… sib baik masing2 belum sunat. :D
hehehe…

sambung nanti….

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

Copyright © 2010 Rasli's Space All rights reserved. Theme by Laptop Geek.