Anwar Ibrahim di Mahkamah
Salam buat semua,
Aku terpanggil untuk memberi sokongan penuh terhadap seorang rakyat malaysia yang kena fitnah teruk demi mempertahankan prinsip perjuangan. Untuk cerita peribadi beliau ada aku coretkan sebelum ini walaupun ianya ringkas. Bukan aku terlalu fanatik akan DSAI malah ada juga perkara yang aku sendiri kurang setuju. Tetapi, sejarah, kepimpinan dan prinsip perjuangan DSAI yang buat aku kagum.
Rentetan dari 1998 lagi aku mula rasa kesedaran betapa pentingnya reformasi dalam seluruh aspek, budaya, ekonomi, sosial dan politik. Nah, harini baru sibuk dengan konsep 1Malaysia or etc dan inipun hasil ciplak dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam membina masyarakat madani. Tetapi aku yakin dengan cita-cita DSAI dalam mengangkat darjat masyarat Malaysia di peringkat bawahan terutamanya untuk terus mampu bernafas dan menikmati sumber kekayaan Malaysia.
Aku ikuti siri perbicaraan mahkamah sejak 20 September 1998. Dengan pelbagai pindaan tuduhan, dibelasah hampir mati (rujuk kertas siasatan diraja mata lebam) dan pelbagai saksi yang tidak bernyawa dan bertukar-tukar statement. Dengan Alibi pun ditolak walhal ianya bukti kukuh menunjukkan DSAI tiada ditempat kejadian. Akhirnya, DSAI dipenjara hampir 6 tahun dan hanya mampu dibebaskan dengan kuasa politik.
Nah, harini perkara dan trend yang sama berulang lagi dimana DSAI tidak diberikan bekalan bahan bukti oleh pendakwa untuk disiasat bagi mempertahankan hak beliau. 3 doktor utama yang menyiasat bontot Saiful pun dah kata tiada sebarang kesan kemasukan sebarang objek didalam dubur Saiful. Jadi, yang dapat disimpulkan, walaupun panggillah mana-mana saksi dan medical statement akan mengatasi segala-galanya. Jadi, atas sebab pendakwaan politik, ianya sudah pasti akan ditukar dan sebagainya. Masya’Allah, sampai sebegini teruk budaya politik Malaysia yang tidak pernah mencerminkan kematangan berpolitik.
Aku akan terus mengikuti perjalanan kes ini dan mohon rakan-rakan aku sendiri yang terlalu mengikut dan angguk aja apa yang diberitakan dalam akhbar utama dan tv utama yang telah sah kepunyaan mereka. Silakan, kita gunakan anugerah Allah untuk menganalisa, berfikir secara matang dan membuat keputusan bijak. Antara yang paling mudah contoh manusia kurang menggunakan akal dalam kes DSAI ini sewaktu insiden mata lebam. Ada yang terima kenyataan Tun M – ‘Anwar tumbuk diri sendiri sehingga lebam’ dan Rafidah Aziz ‘ Anwar hantukkan mata dengan jeriji besi penjara’
Mohon guna akal fikiran, Semoga Allah merahmati kalian.
to DSAI,
Teruskan berjuang!
Related posts:










