Anwar Ibrahim…

Posted by Rasli on Aug 15, 2008 in Politik |

poster anwar Anwar Ibrahim...

Aku banyak alasan untuk menyatakan sokongan pada hamba Allah bernama Anwar Ibrahim

Bukan niat aku nak puja sangat dia seolah2 tak pernah buat silap, dia sendiri akui dia ada buat silap..

Tapi bagi diri aku, sukar untuk terima alasan2 bodoh oleh kerajaan sewaktu tangani kes anwar ibrahim dan paling meluat lately ni adalah parti yang handle kerajaan penuh penipuan.
Paling ketara
“esok tidak ada pembubaran parlimen” tapi esoknyer dah bubar
“Harga minyak tidak akan naik esok, jangan dengar khabar angin!”
then petang dah tau harga melambung naik esok pg…

berbalik anwar ibrahim
tengok macamana BN handle diz case?

Tuduhan tu semua aku ikuti sampai tahap perbicaraan pun aku ikut n lepas satu demi satu terbongkar, terus suratkhabar tak siar.
Tilam takde sarung dengan air mani berterabur di usung bawak ke mahkamah!
Aibkan orang tanpa bukti
Azizan yang mengaku diliwat… tertangkap zina dan mengaku zina!
Munawar Anes dan Sukma masuk mahkamah mengaku dipaksa buat pengakuan! tapi mahkamah bagitau tak relevan.
Tuduhan lain anwar adalah agen negara asing..
Bukti cari dan reka tak lepas.. dakwa pun tak dapat sebab takdak idea nak reka bukti… comeon konspirator.. Allah nampak apa hangpa buat!

Anwar kena tangkap – KPN(ketua polis negara) dan PM (Mahathir Mohamad) esok bagitau
anwar dalam keadaan selamat dan dapat layanan istimewa!
5 hari lepas bawak ke mahkamah… mata bengkak sebelah…
PM (mahathir mohamad) buat dakwaan – “anwar tumbuk diri sendiri untuk dapat simpati”
Rafidah Aziz “Anwar hantuk kepala kat jeriji lokup untuk dapat kesan lebam”
Apa punya pemimpin n parti pemerintah macamtu?
Allah maha kuasa,
lepas Mahathir turun.. Mahkamah ada sedikit kebebasan
Tuduhan liwat telah diketepikan sebab tiada bukti di mahkamah persekutuan
dan anwar dibebaskan

Now, Anwar bangkit dengan misi rakyat malaysia dan masyarakat madani!
Tuduhan baru takde bukti sampai peringkat mereka-reka bukti episod kedua.
Doktor Pusrawi dah buat check sehari sebelum saiful buat report takde kesan liwat dan buat akuan sumpah pun pda 1 ogos 2008?
tapi menteri kata ada bukti n boleh dakwa…

More About Anwar Ibrahim

Aku tak sabar nak saksikan satu demi satu kebobrokan kerajaan sekarang diungkap.
InsyaAllah, dengan izin Allah Pakatan Rakyat akan memerintah!

Aku tak sanggup tengok masyarakat malaysia yang khususnya orang Islam yang leka dengan tanggungjawab masing2 sebagai hamba Allah yang langsung takde ketakutan dengan Allah yang pencipta mereka!

Ingatan ini ikhlas juga untuk diri aku, aku takut sangat leka dan berubah.

YaAllah, jauhkanlah aku dari leka dan lalai di dunia
Amin..

Related posts:

  1. Anwar Ibrahim lelaki paling jahat di dunia
  2. 10 Bukti Anwar Ibrahim di Fitnah
  3. Anwar Ibrahim di Mahkamah

Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

Copyright © 2012 Rasli's Space All rights reserved. Theme by Laptop Geek.