Kerja di Luar Negara

Posted by Rasli on Feb 8, 2012 in Diary, Ekonomi |

1juta malaysia Kerja di Luar Negara

Menarik? kenapa? Tidak apa yang pelik dengan data/statistik yang dibentangkan setelah soalan diajukan di Parlimen. Di sekeliling aku sendiri dapat rasakan betapa kuatnya bahang rakan dan saudara yang telah berhijrah ke luar negara. Sebab utama yang diberikan adalah kehidupan lebih sempurna.

Untuk makluman, Melayu adalah antara kaum terbesar yang berhijrah ke luar negara. Statistik pada tahun 2007 – diantara 106,000 Rakyat Malaysia telah bertukar kewarganegaraan. 79,199 adalah melayu; 25,107 Chinese, 1,347 Indians and 350 other races. Ini adalah yang telah bertukar kewarganegaraan dan bukan hanya yang bekerja diluar negara.

1juta malaysia 3 Kerja di Luar Negara

Aku tau ramai yang tak sokong kenyataan ini tapi hakikatnya ia adalah fakta dan sudah ramai rakyat malaysia lebih berjaya di luar negara. Teks dibawah aku cedok dari portal berita semasa.

 

79,199 Melayu lepaskan kerakyatan Malaysia
Sunday, 15 July 2007 07:14am
Dipetik daripada Berita Minggu (Digunakan dengan kebenaran)

DATUK Y seorang ahli perniagaan yang agak berjaya. Beliau kini berusia 54 tahun. Beliau membuat keputusan untuk menjual perniagaannya dan berhijrah ke United Kingdom (UK) dua tahun lalu. Beliau membuat keputusan itu kerana dua orang anaknya kini sudah bekerja, seorang di Sydney, Australia dan seorang lagi di Hong Kong. Dua yang lain masih menuntut, seorang di sebuah public school terkenal di London dan seorang di salah sebuah universiti di Wales.

Bagi Datuk Y, keputusan itu tidak mudah. “Saya sayangkan Malaysia, dan terhutang budi, keluarga dan saudara mara saya semuanya di Malaysia.” Kenapa berhijrah? Beliau memberikan alasan pendidikan untuk anak-anak dan peluang pekerjaan mereka sebagai alasannya. “Saya bekerja selama ini untuk mereka, saya mahukan yang terbaik untuk mereka.”

Datin M bercerai dengan suaminya lima tahun yang lalu apabila Datuk S mengahwini seorang gadis jelita. Datin M membuat keputusan untuk meninggalkan Malaysia bersama-sama tiga anaknya ke Melbourne, Australia. Beliau boleh hidup agak selesa kerana pembahagian harta sepencarian yang agak lumayan ekoran penceraian itu. Seorang anaknya sudah bekerja, dua yang lain masih menuntut di universiti, di Brisbane dan Melbourne.

Alasan Datin M untuk berhijrah mungkin lebih mudah diterima. Beliau memberitahu saya alasan utamanya kerana “membawa hati yang luka.” Katanya, “Saya mahu pergi jauh dari apapun yang mengingatkan saya pada masa lalu.” Mengapa tidak tinggal sebagai warganegara Malaysia tetapi bermaustatin di Australia? “Saya mengikut suara hati anak,” katanya. “Mereka fikirkan masa depan.”

LJ memilih untuk berhijrah ke Auckland, New Zealand enam tahun yang lalu. Dia seorang akauntan yang mendapat pendidikan di Auckland. Pada mulanya dia hanya mahu bekerja di Auckland selepas menamatkan pengajiannya, untuk mencari pengalaman. Selama tiga tahun beliau bekerja di Auckland kemudiannya pulang ke Malaysia. “Saya hilang punca di KL,” katanya. Dia kembali ke Auckland tiga tahun kemudian. Setelah mengahwini seorang wanita berkulit putih dia merasakan tidak ada keperluan lagi untuk pulang ke Malaysia. Dia kini menjadi warganegara New Zealand.

Bagi LJ, terlalu banyak yang tidak kena mengenai Malaysia. Namun demikian, beliau menyedari potensi yang ada pada negara asalnya. Tapi beliau merasakan bakat dan kemampuannya tidak dihargai. Terlalu banyak yang menyebabkan dia kecewa – dari isu pilih kasih, etika profesionalisme, amalan perniagaan hinggalah situasi politik. Beliau hanya mahu “pergi jauh dan mencuba nasib di tempat orang.”

Buat research, jumpa artikel dibawah diantara jawapan di parlimen apabila soalan yang sama diajukan

1juta malaysia 2 Kerja di Luar Negara

 

Apa yang aku bayangkan, akan ramai rakan-rakan dan saudara mara marah sekiranya aku juga sampaikan hasrat sama untuk berhijrah. Antara desingan yang bakal didengar adalah

  • Tidak mengenang jasa
  • Lebih baik negara sendiri
  • Dah tak ingat sedara mara di malaysia
  • Ohh.. Melayu mudah lupa icon biggrin Kerja di Luar Negara kekeke

 

Masing-masing ada alasan tersendiri untuk berhijrah bukan? Aku sendiri juga ada alasan sekiranya aku mahu berhijrah. Yang penting biarlah ia kerana Allah dan ia untuk kearah yang lebih baik. Kita juga janganlah sampai lupa tanahair sendiri bila berhijrah ke negara lain nanti. Kesempatan aku masa business trip, sempat aku bersembang dengan beberapa orang yang dah berhijrah dan mereka sudah lama di negara orang cari rezeki, mereka juga tidak nafikan keselesaan dan peluang di negara orang tetapi dalam masa yang sama, mereka tetap berhasrat untuk habiskan sisa hidup di tanahair sendiri bila bersara nanti. Chin Peng sendiri tu pun mahu pulang dan mati di tanah air.
Sekiranya aku diberi peluang, aku ingin ke New Zealand atau Australia icon smile Kerja di Luar Negara ,
korang free rajin-rajin tengok ranking dibawah

 

As-Salam icon smile Kerja di Luar Negara

Related posts:

  1. PPSMI habuk bazir duit negara

Tags: , , ,

6 Comments

irfa
Mar 7, 2012 at 4:39 pm

hai..singgah masa suka-suka taip berhijrah ke luar negara
sya pun penah terlintas nak brhijrah ke NZ
saya suka suasana kat NZ..
tapi saya tak mampu berjauhan dgn keluarga :(


 
Rasli
Mar 22, 2012 at 9:53 am

Dah pernah sampai NZ ka? mmg pun, keluarga adalah perkara awal yang akan kita ingat bila terlintas nk berhijrah atau berjauhan :-)


 
Shah
Apr 22, 2012 at 3:44 pm

As Salam, dulu saya pun teringin utk hijrah ke NZ tp xde kenal sesapa kat sapa. Takut2 jgk la. Maklumlah org kampung mcm saya ni. English pun cukup2 la at least saya paham org tu pun paham. Hmm, tp klu Ada peluang lg skrg ni INSYA ALLAH saya akn pg. Ada2 sesapa yg sudi ajak saya ke?


 
Rasli
Apr 23, 2012 at 8:38 am

As salam shah
Jgn cepat patah semangat sebab kemahiran bahasa, saya selalu pesan pada isteri saya, tengok macammana warga bangladesh & vietnam yang
kerja kat malaysia yang sampai disini tak tahu berbahasa malaysia, tapi dengan usaha sedikit dia mampu nyanyi lagu melayu dengan tak sedap

hehehe, insyaAllah, im in process to NZ gak, kalau semua dpermudahkan nanti saya maklumkan pada shah


 
faiz halim
May 7, 2012 at 11:32 am

salam
kepada shah & rasli…saya berminat untuk bekerja disana,kalau ada apa2peluang bagitahu la saya…agak seram untuk permulaan pergi sana sendiri,kalau ada kawan kurang sikit rasa seram tu..saya btul2 berminat,..

terima kasih


 
Rasli
May 20, 2012 at 10:16 am

Assalam

Thanks faiz, insyaAllah..
Saya akan kongsikan perkara ini dan pastikan rakan2 yang ikhlas nak bersama untuk berhijrah akan saya bantu setakat mana yang mampu.


 

Reply

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes

Copyright © 2012 Rasli's Space All rights reserved. Theme by Laptop Geek.