Morning banana diet
Dalam memikirkan cara diet yang paling berkesan untuk semua orang memang takkan jumpa. Diet yang berjaya adalah cara yang berkesan membuatkan anda menggunakan cara pemakanan yang betul. Jadi kita boleh cuba apa yang telah berjaya digunakan oleh ramai orang. Dalam masa aku proses menjalani diet ni, aku terjumpa satu artikel menarik untuk digunapakai dengan kos yang rendah.
Morning Banana Diet iaitu Makan pisang dan plain water sebagai breakfast. Konsep ini diperkenalkan di jepun pada awal 2008 dan mendapat sambutan hangat sehinggakan stok pisang di jepun kehabisan pada waktu awal diperkenalkan.
Apa cara banana diet ni?
1. Eat banana for breakfast
- kita boleh makan lebih dari satu biji dan jangan sampai terlalu kenyang dan tidak selesa.
- makan pisang yang masak (kot-kot korang makan yang hijau mentah tu)
- Sekiranya anda masih lapar dalam 15 – 30 minit kemudian, anda bolehlaa makan makanan lain yang berkhasiat. Prefer to take Oatmeal atau lain-lain yang tak lebih 200 calories.
2. Makan macam biasa untuk lunch dan dinner
- Dinner kena makan jam 8 malam. Lagi awal lagi bagus.
- Ambil makanan yang berkhasiat. (tanpa makanan berminyak dan kurangkan pengambilan nasi)
- Untuk dinner, anda elakkan untuk mengambil sebarang dessert.
- Makanlah jangan sampai kenyang atau penuh. ingat sunnah Nabi SAW ‘ Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang.’
3. Minum mineral or filtered water
- Anda digalakkan minum mineral water atau filtered water yang dalam suhu bilik. Jangan yang panas atau sejuk.
- Jangan minum sampai penuh perut.
4. Ambil afternoon snack – 3 pm
- Snack seperti chocolate, cookies adalah dibenarkan waktu 3 petang.
- Jangan amalkan ice cream, potato chips ataupun donut.
- Sekiranya anda perlukan manisan, ia dibenarkan selagi bukan dalam amaun yang banyak.
5. Tidur yang cukup
- Tidur yang cukup di waktu malam adalah perlu dan pastikan waktu tidur anda adalah 4 jam selepas makanan terakhir yang diambil.
6. Exercise
- Dalam masa yang sama, exercise adalah perlu bagi anda bagi mengekalkan stamina dan badan yang sihat. Jangan letakkan tekanan pada anda untuk senaman yang berat.
Selamat beramal!
Related posts:













Salam sejahtera,
Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog anda di laman web kami.
Click pada butang ‘Tutorial’ untuk mengetahui cara menggunakannya. Pendaftaran adalah PERCUMA!
Daftar sekarang: Blogger Malaysia [Blogger's Meeting Point]
Malaysia Boleh!