Pulau Pinang Pakatan Rakyat

Sengaja aku pilih topik ini untuk berkongsi info kepada semua yang mungkin tidak dapat tahu hasil daripada pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Yang hanya ditimbulkan oleh Media Utama Malaysia (TV3, RTM, Utusan Malaysia, Harian Metro, NST dsb) adalah semuanya keburukan pentadbiran di Pulau Pinang. Aku beri contoh pentadbiran Pulau Pinang adalah kerana DAP yang orang kita ni benci sangat yang label kan parti DAP sebagai parti cina. Tapi apa yang dibawa dan dibuktikan di bawah pentadbiran DAP bersama Pakatan Rakyat. Telah lahir keterbukaan minda orang melayu khususnya untuk lihat perbedaan di bawah pemerintah yang cekap. Untuk confirm korang boleh tengok sendiri http://www.penang.gov.my atau call sendiri untuk kepuasan dan kot2laa ingat aku nak temberang korang
.
Soalan Daripada YB. DATUK ARIF SHAH BIN HAJI OMAR SHAH (BN-Seberang Jaya)
Kerajaan negeri sekarang dilihat lemah terutamanya dengan masalah dalaman yang disebarkan melalui akhbar dan cerita-cerita mengenai ketidakcekapan anggota-anggota Exco tertentu menjalankan tugas. Apakah benar dakwaan ini? Jika tidak, sila senaraikan polisi-polisi baru yang diperkenalkan secara terperinci setiap portfolio yang dipegang oleh semua Exco termasuk YAB Ketua Menteri dan YB Timbalan Ketua Menteri.










